Episod Realiti (drama)

Musim pertama

Ep.Disiarkan padaRingkasan
13 September 20065 orang peserta pertandingan menyanyi Malaysian Star menghadapi kenyataan bahawa jika mereka hendak menjadi bintang terkenal, mereka perlu berkelakuan seperti bintang terkenal walau apa jua masalah peribadi mereka. Salah seorang daripada mereka, Jessie, menghidapi sesuatu penyakit yang dia tidak berani dedahkan kepada orang ramai, lalu pengsan di atas pentas pada malam persembahan.
210 September 2006Pencarian untuk pengganti Jessie dilancarkan untuk meneruskan pertandingan. Masalah disiplin Burn mula menonjol, manakala Baby dan Melody bergaduh, segalanya sempat dirakamkan dalam mata seorang wartawan.
317 September 2006sudah tiba masanya para peserta bertemu dengan peminat, yang mana mereka mengambil iktibar bahawa terdapat pengorbanan untuk mencapai kenamaan. Melody dan Burn makin tertarik kepada satu sama lain, manakala kerelaan Amir untuk menolong seseorang menyebabkan masalah perhubungannya dengan teman wanitanya Dayang, dan Baby bertemu seseorang yang dikenali sewaktu dahulu.
424 September 2006Amir tiba-tiba pulang ke kampung halamannya apabila para peserta yang lain mengadakan sesi fotografi. Jay, penerbit Malaysian Star, cuba memutarbelitkan cerita demi nama baik rancangan. Sementara itu Baby mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan seorang jurugambar untuk meletakkan gambarnya pada halaman kulit manakala Burn cuba memujuk Melody agar tidak menyembunyikan perasaannya.
51 Oktober 2006Penyediaan para peserta yang bakal mempersembahkan konsert unplugged terganggu oleh insiden Baby menerima surat layang berunsur ugutan. Keyakinan diri Amir terjejas kerana dia terpaksa membawa lagu bahasa Inggeris, manakala Nickson bertengkar dengan Calvin mengenai cara Nickson patut mempersembahkan dirinya. Sementara itu, Melody dan Burn makin rapat sesama sendiri.
68 Oktober 2006Cuma tinggal satu minggu sebelum pusingan penyingkiran pertama Malaysian Star, namun para peserta tidak memikiran sahaja hal penyingkiran. Baby terpaksa menghadapi surat ugutan daripada seseorang yang tahu akan satu rahsia dari masa silamnya, manakala Burn mendapati bahawa Melody ketagih darah. Sementara itu, ibu Nickson mnejemputnya untuk bertemu dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya.
715 Oktober 2006Pusingan penyingkiran pertama sudah bermula maka seorang peserta bakal disingkirkan apabila memperoleh undian terendah daripada penonton. Akan tetapi, sebelum itu Mac juga mengetahui masalah ketagihan dadah Melody lalu Burn berusaha memastikan Melody masih layak untuk bertanding, manakala Amir menerima peluang untuk menandatangani kontrak rakaman hanya jika dia tidak menjuarai Malaysian Star, dan Nickson tidak puas hati dengan tindakan ibunya pindah balik untuk bersama bapanya.
822 Oktober 2006Melody dimasukkan ke hospital akibat terlebih guna dadah dan Burn dikembalikan ke dalam pertandingan. Ibu Nickson berpindah masuk ke bilik anaknya untuk melepaskan dirinya daripada suaminya yang asyik mendera. Hubungan Baby dan Amir makin rapat.
929 Oktober 2006Amir mendapati dirinya menjadi orang tengah dalam kes Baby menuduh Dayang mencuri gambar Fazrina ("anak saudara" kepada Baby), manakala Burn dengan was-wasnya bersetuju membantu Joe menjual dadah agar dapat mengumpul duit untuk menolong Melody.
105 November 2006Melody sedar dari koma lalu kembali bertanding, Baby menghadapi hubungannya dengan Fazrina dan Amir berkelahi dengan Jay, pada masa menjelang pusingan akhir.
Ketika persembahan peringkat akhir berlangsung, Mac bersemuka dengan Jay mengenai niat Jay untuk memalsukan keputusan Malaysian Star. Akhirnya, undian tidak terjejas dan Melody merangkul gelaran juara dan kontrak rakaman muzik. Pada penghujung episod, Burn dilanggar kereta yang dipandu Joe.